BERITA UTAMA

MB: Wanita ingin berniaga disaran mohon pembiayaan NaDI sehingga RM5,000

13 Okt 2022, 9:30 AM
MB: Wanita ingin berniaga disaran mohon pembiayaan NaDI sehingga RM5,000
MB: Wanita ingin berniaga disaran mohon pembiayaan NaDI sehingga RM5,000
MB: Wanita ingin berniaga disaran mohon pembiayaan NaDI sehingga RM5,000

SHAH ALAM, 13 OKT: Golongan wanita yang ingin menjana wang tambahan untuk menyara hidup menerusi kegiatan perniagaan disaran memohon pembiayaan sehingga RM5,000 menerusi Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).

Dato' Menteri Besar berkata tawaran pembiayaan bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) antara usaha Kerajaan Negeri memperkasa dan membantu seramai mungkin wanita untuk berdikari.

"Kerajaan Negeri sangat berbesar hati dapat membantu seramai mungkin wanita berdikari di atas platform perniagaan.

"Skim NaDI khas untuk wanita, seiring hasrat negeri yang sentiasa prihatin kepada wanita," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

[caption id="attachment_419310" align="aligncenter" width="717"] Peniaga dan pelanggan memakai pelitup muka serta mematuhi SOP ketika melakukan urusan jual beli di Sri Gombak, Batu Caves pada 22 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Menerusi Pakej Kita Selangor, Kerajaan Negeri memberi peruntukan awalan RM10 juta untuk membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta boleh memilih tempoh biaya antara enam bulan hingga tiga tahun.

Tahun ini, Hijrah menyasarkan sebanyak 1,722 pemohon skim NaDI dengan jumlah pembiayaan RM8.61 juta.

Terbuka kepada wanita dan semua kaum, individu berminat boleh memohon melalui laman sesawang www.hijrahselangor.com atau hubungi pegawai pembiayaan di 20 cawangan Hijrah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619