AGENDA

Sidang kemuncak niaga buka ruang ITP Foods tembusi pasaran Hong Kong

10 Okt 2022, 6:23 AM
Sidang kemuncak niaga buka ruang ITP Foods tembusi pasaran Hong Kong

KUALA LUMPUR, 10 OKT: ITP Foods Sdn Bhd (ITP Foods) bakal menembusi pasaran Hong Kong apabila produk keluarannya mendapat perhatian dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022.

Pengurus Pembangunan Perniagaannya Anderson Khor Choon Joo berkata peluang itu hadir selepas reruainya dikunjungi usahawan negara terbabit yang berminat mengimport produk sos dianggarkan bernilai RM20,000 hingga RM30,000 pada peringkat permulaan.

"Saya rasa pihak berkaitan sudah berhubung dengan Invest Selangor Berhad bagi mendapatkan pandangan mengenai penglibatan syarikat dan produk yang ada dalam pameran ini.

"Sekarang ITP Foods dalam proses rundingan dan ini membuka ruang kami memasuki pasaran Hong Kong seterusnya China kerana mereka juga ada rangkaian perniagaan di negara itu," katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata, sos keluaran syarikat tersebut sudah menembusi pasaran Kanada, Taiwan dan Singapura, terdiri daripada sos cili, tomato, barbeque dan keju nachos asli dalam tiub unik bagi memudahkan pengguna selain beberapa produk makanan segera.

Katanya, usahawan Hong Kong terbabit akan memasarkan sosnya di pasar mini dan pasar raya negara itu.

"Selain itu, produk keluaran ITP Foods juga menarik minat pengusaha tempatan dan berpotensi dipasarkan ke seluruh negara," katanya menjangka syarikat mampu menyediakan produk bernilai hampir RM50,000 bagi tujuan berkenaan.

SIBS tahun ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 6 Oktober hingga semalam menampilkan enam acara utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor.

Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor; Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Selangor serta Persidangan Perniagaan Asia turut diketengahkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619