AGENDA

Invest Selangor jangka tapak pameran SIBS 2022 selesai ditempah Ogos

4 Jun 2022, 8:00 AM
Invest Selangor jangka tapak pameran SIBS 2022 selesai ditempah Ogos

SHAH ALAM, 4 JUN: Invest Selangor menjangkakan 850 tapak pameran untuk Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 selesai ditempah dalam tempoh dua bulan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato' Hasan Azhari Idris berkata setakat ini tapak pameran bagi Ekspo Selangor Taman Perindustrian (SPARK) hampir selesai ditempah.

"Manakala untuk Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) Makanan dan Minuman (F&B) pula kini mencapai 40 peratus dan Perubatan pula 35 peratus. Bagi Ekspo Bandar Pintar Selangor dan Ekspo Selangor Penyelidikan pula kita masih meneliti.

"Buat masa ini, gerai paling banyak ialah F&B iaitu 480 tapak pameran kerana pasaran sektor ini lebih meluas dan banyak negara berminat," katanya dalam sidang media di Pasaraya ST Rosyam hari ini.

Tambah beliau, setakat ini penglibatan dari negara luar amat menggalakkan terutama Indonesia, Taiwan, China, Thailand dan India.

SIBS 2022 menawarkan 850 tapak pameran sepanjang program yang berlangsung pada 6 hingga 9 Oktober depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim memaklumkan daripada jumlah berkenaan, 20 peratus tapak dijangka melibatkan pelabur luar negara.

Jelasnya, sepanjang empat hari program itu pihaknya menyasarkan potensi jualan sehingga RM350 juta dan mampu menarik 30,000 pengunjung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619