PBT

MPKj terima dana RM4.24 juta, senggara infrastruktur perindustrian Balakong Jaya

5 Okt 2022, 9:24 AM
MPKj terima dana RM4.24 juta, senggara infrastruktur perindustrian Balakong Jaya

BALAKONG, 5 OKT : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerima sumbangan berjumlah RM4.24 juta bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan infrastruktur di kawasan perindustrian Balakong Jaya.

Yang dipertuanya berkata sumbangan oleh Persatuan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya adalah hasil caruman ahli persatuan dalam Tabung Infrastruktur dan Penyelenggaraan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya sejak 2008.

Maklum Najmuddin Jemain, usaha tersebut memudahkan jabatan kejuruteraan MPKj melaksanakan kerja naik taraf dan menyelenggara jalan, perparitan serta lampu jalan secara teratur dan bersistematik.

"Untuk permulaan jabatan kejuruteraan MPKj melantik juruukur tanah dan jurutera perunding bagi menyediakan pelan induk infrastruktur bagi menyelesaikan masalah utama seperti jalan rosak, berlubang dan banjir di kawasan industri itu.

“Penyediaan pelan induk ini dijangka mengambil masa kira-kira enam bulan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Tabung Infrastruktur dan Penyelenggaraan Perindustrian Balakong Jaya kepada MPKj di sini, hari ini.

Beliau berkata pengusaha kilang dan industri di kawasan tersebut perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai taksiran kerana ia adalah sumber MPKj untuk melaksana perancangan infrastruktur di kawasan terlibat.

“Saya difahamkan kawasan ini berkeluasan kira-kira 200 ekar dan memerlukan perbelanjaan besar untuk penyelenggaraan infrastruktur,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619