AGENDA

Negeri anjur simulasi bencana, pastikan pengurusan banjir lebih efektif

4 Okt 2022, 2:03 PM
Negeri anjur simulasi bencana, pastikan pengurusan banjir lebih efektif

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Selangor menganjurkan Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor minggu lalu sebagai persediaan menghadapi banjir hujung tahun ini.

Dato' Menteri Besar berkata program itu bagi memastikan pengurusan komunikasi lebih tersusun dan efektif ketika berdepan bencana.

"Sebagai salah satu langkah persediaan menghadapi bencana banjir, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan proaktif dengan mengadakan program latih amal dan simulasi bencana yang berlangsung selama 2 hari.

"Semua agensi pusat, negeri dan daerah berkaitan telah dijemput hadir. Matlamat utama adalah kebajikan dan kesejahteraan rakyat Selangor," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Pada 28 September, sebanyak 67 agensi membabitkan 343 peserta terlibat program berkenaan yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz.

Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata inisiatif itu bertujuan memastikan semua agensi bersiap sedia dari aspek perkhidmatan, peralatan dan aset bagi menghadapi apa jua bencana.

Menurut Muhamad Shah Osmin, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor juga bersiap sedia dengan menempatkan 15,972 anggota pelbagai agensi di seluruh negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619