AGENDA

Persediaan bah: Kerja senggara parit, kolam takungan giat dilaksana

16 Okt 2022, 9:42 AM
Persediaan bah: Kerja senggara parit, kolam takungan giat dilaksana

AMPANG, 16 OKT: Kerajaan Negeri giat melakukan persediaan kemungkinan banjir terutama di lima derah berisiko tinggi iaitu Sepang, Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Gombak.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim antara perkara yang ditekankan ialah penyenggaraan longkang, parit dan kolam takungan selain bekalan elektrik, air dan komunikasi ketika berdepan bencana.

"Saya juga akan turun padang ke lima daerah kritikal bermula minggu depan sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut dan fenomena air pasang besar.

"Sebelum ini kita mengadakan beberapa pertemuan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran. Tujuan kita turun padang untuk melihat pelaksanaan kerja selenggara longkang, parit dan kolam takungan.

"Selaku EXCO bertanggungjawab dalam infrastruktur, persediaan sekiranya banjir perlu diuruskan bukan sahaja isu longkang tetapi bekalan elektrik, air dan komunikasi," katanya selepas meninjau program jualan murah di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini, hari ini.

Pada 28 September, sebanyak 67 agensi membabitkan 343 peserta terlibat dalam latih amal dan simulasi bencana negeri selama dua hari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Simulasi tersebut bertujuan memastikan semua agensi terlibat bersiap sedia dari aspek perkhidmatan, peralatan dan aset bagi menghadapi apa jua bencana.

Selain itu, sebanyak 796 pusat pemindahan sementara yang boleh menampung 151,000 mangsa banjir juga bersedia untuk diaktifkan, selain menyediakan 12 pangkalan hadapan untuk menyimpan barang.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember tahun lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619