AGENDA

Kajian: Jalan raya Malaysia antara 59 terburuk dunia, bahaya memandu

4 Okt 2022, 2:26 AM
Kajian: Jalan raya Malaysia antara 59 terburuk dunia, bahaya memandu

SHAH ALAM, 4 OKT: Malaysia berada pada kedudukan ke-12 daripada 59 negara yang memiliki jalan raya terburuk dengan kualiti menurun lebih lima peratus dalam tempoh lima tahun.

Menurut kaji selidik firma pendidikan memandu Zutobi, negara turut merekodkan jumlah kematian jalan raya kedua tertinggi dunia, 22.76 bagi setiap 100,000 orang, lapor Berita Harian.

Laporan bertajuk 'Worst and Best Roads - US and International Ranking' menyenaraikan Kuwait sebagai negara yang mempunyai jalan raya terburuk dunia diikuti Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.

Kajian itu juga memberikan Malaysia skor keselamatan 3.32 daripada 10 berdasarkan faktor dan peningkatan kualiti, kematian serta saiz relatif rangkaian jalan raya.

Laporan Zutobi berasingan yang diterbitkan pada Mei meletakkan Malaysia antara 10 negara paling berbahaya untuk memandu bersama Thailand, India, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

Namun, negara merekodkan jumlah kematian jalan raya paling rendah berkaitan alkohol, 0.1 peratus.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619