AGENDA

Pembangunan semula kompleks sukan dijangka bermula awal tahun depan

1 Okt 2022, 1:00 AM
Pembangunan semula kompleks sukan dijangka bermula awal tahun depan
Pembangunan semula kompleks sukan dijangka bermula awal tahun depan

SHAH ALAM, 1 OKT: Kompleks Sukan Shah Alam termasuk stadium negeri dijangka melalui proses pembangunan semula bermula awal tahun depan dan siap dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata reka bentuk awal kompleks yang dibentang Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) sedang diteliti sebelum mendapat maklum balas orang ramai.

"Kita akan buka ruang kepada orang ramai untuk memberi maklum balas dan cadangan berkaitan pembangunan tersebut. Kemudian akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk kelulusan.

"Reka bentuk konsep awal kompleks ini lebih berpusat kepada Stadium Shah Alam yang akan menjadi stadium pelbagai guna, lengkap dengan kemudahan sukan, riadah dan aktiviti komersil," kata Norita Mohd Sidek.

[caption id="attachment_542500" align="alignright" width="380"] Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek bercakap pada sesi taklimat pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam di Hotel Concorde Shah Alam pada 30 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat pembangunan semula kompleks terbabit di Hotel Concorde di sini yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan MRCB Mohd Imran Mohamad Salim.

Sementara itu, Mohd Imran berharap pembangunan semula kompleks atas tanah seluas lebih 80 hektar melepasi piawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memuatkan antara 35,000 hingga 45,000 penonton.

Menurutnya, stadium terbabit bakal mempunyai tiga jenis padang yang boleh dialih mengikut kesesuaian aktiviti iaitu padang rumput, padang sintetik dan penggunaan lantai konkrit.

“Selain bola sepak, stadium ini boleh digunakan untuk acara sukan lain dan penganjuran konsert, namun keutamaan adalah bola sepak," katanya.

Pada 15 Julai lalu, Dato' Menteri Besar berkata projek yang dijangka siap seiring pembinaan stesen Aliran Transit Ringan (LRT) 3 dilaksana secara perkongsian awam-swasta dengan MRCB akan menanggung kos pembangunan tanpa menggunakan dana awam.

Dato' Seri Amirudin Shari turut menjelaskan sejumlah RM787 juta kos digunakan untuk membaik pulih bangunan dan kemudahan lain di stadium terbabit antaranya meninggikan platform stadium 1.5 meter bagi mengelak bah berulang selain menukar sistem pendawaian elektrik.

Kiraan lain meliputi penukaran struktur bumbung dan meruntuhkan yang sedia ada selain pembaikan padang serta membaiki sistem perpaipan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619