AGENDA

Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam sedia tapak niaga pasar tani

5 Ogos 2024, 5:35 AM
Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam sedia tapak niaga pasar tani

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) menyediakan tapak khas kepada peniaga yang beroperasi setiap Ahad di Bazarena Stadium Shah Alam, di sini.

Dato’ Menteri Besar berkata perkara itu sudah dimasukkan dalam rancangan pembangunan berkenaan demi memastikan golongan terbabit dapat mencari sumber pendapatan seperti biasa.

“Dalam pelan pembangunan (KSSA) memang ada kawasan untuk mereka berniaga. Kita jamin semua boleh berniaga di ruang yang kita tetapkan.

“Saya akan pastikan kesemua dapat berniaga cuma mereka kena mempunyai lesen. Bukan yang masuk secara tidak sah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ditemui pada pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata operasi perniagaan juga mungkin akan dibuat pada Sabtu bagi menampung keperluan peniaga.

"Kita boleh buat sistem giliran berniaga. Tidak semestinya Ahad. Kita boleh buat Sabtu dan Ahad, ikut kesesuaian dengan tapak kawasan yang kita ada.

“Ini untuk pastikan semua dapat berniaga seperti biasa (sekarang) dengan tempat berniaga yang lebih baik," katanya.

Berikutan pembangunan KSSA, pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) mengalihkan tapak niaga pasar tani ke kawasan berhampiran namun masih dalam perkarangan Stadium Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619