AGENSI

Team Selangor pelawa wanita sertai aktiviti pendakian gunung Sungai Batangsi

29 Sep 2022, 9:01 AM
Team Selangor pelawa wanita sertai aktiviti pendakian gunung Sungai Batangsi
Team Selangor pelawa wanita sertai aktiviti pendakian gunung Sungai Batangsi

SHAH ALAM, 29 SEPT: Team Selangor mempelawa orang ramai menyertai aktiviti pendakian menerusi program Jelajah Ekspedisi di Sungai Batangsi, Semenyih hujung minggu ini.

Selain memberi latihan, Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata ekspedisi itu juga dapat meningkatkan penghayatan kepentingan alam sekitar kepada peserta.

"Ekspedisi Jelajah di Sungai Batangsi kali ini merupakan medan latihan buat para peserta dengan pendekatan mentor mentee antara pendaki baru dan lama.

"Ekspedisi ini adalah kesinambungan daripada bengkel asas pendakian yang lalu bagi memberi suatu pengalaman yang realistik kepada peserta," katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, peserta dihadkan kepada 21 orang wanita sahaja dan peserta hendaklah membawa peralatan pendakian dan keperluan bermalam sendiri.

Manakala permit, bimbingan dan tapak perkhemahan ditanggung oleh pihak Team Selangor.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan bit.ly/HelangBatangsi atau maklumat lanjut boleh hubungi Izzati 011-37065696.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619