AGENSI

Ekspedisi pendakian Sungai Batangsi Team Selangor berjaya kumpul lebih 11kg sampah

5 Okt 2022, 6:57 AM
Ekspedisi pendakian Sungai Batangsi Team Selangor berjaya kumpul lebih 11kg sampah
Ekspedisi pendakian Sungai Batangsi Team Selangor berjaya kumpul lebih 11kg sampah

SHAH ALAM, 5 OKT: Ekspedisi pendakian Sungai Batangsi oleh 10 anggota Helang Hikers Team Selangor berjaya mengumpul sebanyak 11.2 kilogram (kg) sampah sepanjang trek.

Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman berkata sampah yang berjaya dikumpul termasuk botol plastik dan tin minuman.

"Dalam misi ini, Helang Hikers berjaya mengumpulkan 11.2kg sampah seperti botol plastik dan tin minuman di sepanjang trek yang mencabar dan licin.

[caption id="attachment_543073" align="aligncenter" width="616"] Seramai 10 anggota Helang Hikers Team Selangor menyertai ekspedisi pendakian Sungai Batangsi, baru-baru ini. Foto Team Selangor[/caption]

"Para peserta turut dibawa menyusuri belukar dan merentasi arus sungai untuk tiba di Air Terjun Berembun yang berketinggian 20 meter," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau ekspedisi berkenaan diketuai oleh Krew Kem Anugerah Alam Batangsi iaitu Khairil Aslan dan Munzir.

Tambah beliau, pendakian tersebut mengambil masa empat jam untuk tiba di Tapak Perkhemahan Kem Balak.

"Ekspedisi Sungai Batangsi merupakan siri latihan bagi Helang Hikers sebelum menyertai Ekspedisi Gunung Nuang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619