AGENDA

MB: Pengurusan hutan, alam sekitar secara lestari teras utama RS-1

24 Sep 2022, 10:03 AM
MB: Pengurusan hutan, alam sekitar secara lestari teras utama RS-1

Oleh Zulaikha Zulkifli

SEMENYIH, 24 SEPT: Pelan pembangunan menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1), Selangor diyakini membentuk sebuah negeri yang mempunyai pengurusan hutan dan alam sekitar secara lestari.

Dato' Menteri Besar berkata perkara tersebut menjadi antara tema utama dalam merangka inisiatif dan strategi efisien serta berimpak tinggi, seiring kepentingan pemeliharaan hutan di negeri ini.

"Melalui pelancaran RS-1 baru-baru ini, pengurusan hutan dan alam sekitar secara lestari telah menjadi antara tema utama Kerajaan Negeri.

"Dalam kita menghadapi insiden luar jangka seperti kesan hujan yang berpanjangan dan bencana banjir besar, Kerajaan Negeri telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Selangor sebagai negeri tahan uji dan rakyatnya sentiasa dilindungi," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap sempena Program Penanaman Pokok Sempena Hari Hutan Antarabangsa peringkat Selangor di Bukit Broga di sini, hari ini. Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Pada 2 Ogos lalu, sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) meluluskan usul projek pembangunan RS-1 2021-2025 berjumlah RM212.44 bilion.

RS-1 menumpukan pertumbuhan ekonomi, memberdaya rakyat melalui program kebajikan, pembangunan lestari, sistem dan perkhidmatan kerajaan yang cekap, telus serta efisien.

Ia turut mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan tanpa mengetepikan pelan lima tahun Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang masih berjalan dan memberi kesan kepada Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619