ADN

Hadapi Monsun Timur Laut, JPS bersih lima parit di Pelabuhan Klang

20 Sep 2022, 10:00 AM
Hadapi Monsun Timur Laut, JPS bersih lima parit di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 20 SEPT: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Klang mengorek semula lima parit sekitar Pelabuhan Klang sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut dan fenomena air pasang besar.

Wakil rakyatnya berkata kerja itu dilakukan di Kampung Teluk Nipah, Pulau Indah; Jalan Ikan Parang dan Jalan Udang Gertak; Jalan Ikan Tenggiri dan Udang Tampang; Jalan Ikan Yu Dan Jalan Tali Air dan Telok Gong, Pelabuhan Klang.

"Sebagai persediaan JPS daerah Klang diminta melakukan pembersihan serta memeriksa semula sistem saliran perparitan di kawasan yang berisiko banjir terutamanya di Kampung Tradisi Pulau Indah dan Kampung Telok Gong Pelabuhan Klang, supaya risiko banjir dapat diatasi.

"Pihak JPS telah memaklumkan mereka akan menjalankan kerja mengorek semula parit serta kerja-kerja berkaitan di kawasan tersebut," kata Azmizam Zaman Huri di Facebook.

Beliau berkata berdasarkan ramalan, air pasang besar yang dijangka merekodkan ketinggian 5.3 meter pada jam 6.52 pagi 27 September diikuti 5.4 meter pada 7.53 pagi keesokannya dan 5.3 meter pada 29 September pada jam 6.42 pagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619