BERITA UTAMA

EXCO: Atlet SUKMA negeri bersemangat, serlah prestasi membanggakan

19 Sep 2022, 5:30 AM
EXCO: Atlet SUKMA negeri bersemangat, serlah prestasi membanggakan

SHAH ALAM, 19 SEPT: Atlet Selangor yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 bersemangat dan menunjukkan prestasi yang baik setakat ini, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman yang juga ketua kontinjen berkata beliau berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan atlet sepanjang berlangsungnya temasya sukan itu bermula 16 September lalu.

"Semangat mereka sangat bagus dan begitu juga dengan hal lain seperti logistik. Selain pingat emas atlet terlibat juga banyak menyumbang perak dan gangsa.

"Kesihatan mereka juga berada pada tahap memuaskan walaupun ada yang mengalami sedikit kecederaan. Semuanya masih terkawal dan mereka menunjukkan prestasi baik," katanya kepada SelangorKini.

Untuk temasya kali ini, Selangor menyasarkan 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk SUKMA ke-20 yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20.

Selangor kini berada di kedudukan ketujuh dengan memenangi tujuh pingat emas, 17 perak dan sembilan gangsa.

Kontinjen negeri memulakan cabaran dalam temasya dwitahunan itu dengan memperoleh emas pertama disumbangkan atlet wushu Mandy Cebelle Chen.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619