EXCO

Rasa tertekan, gelisah? Hubungi talian Sehat untuk bantuan kaunseling

15 Sep 2022, 4:32 AM
Rasa tertekan, gelisah? Hubungi talian Sehat untuk bantuan kaunseling
Rasa tertekan, gelisah? Hubungi talian Sehat untuk bantuan kaunseling

SHAH ALAM, 15 SEPT: Individu yang mengalami tekanan, kegelisahan dan kemurungan diminta meluahkan kepada kaunselor bertauliah dengan menghubungi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata kebanyakan yang berdepan gangguan itu berat untuk berkongsi perasaan dan cenderung menyendiri, malah berharap ia reda sendiri.

Beliau menjelaskan antara punca utama peningkatan gangguan kesihatan mental ketika ini ialah hilang pekerjaan, tekanan kerja, kewangan tidak stabil serta keganasan rumah tangga.

"Sebahagiannya merasakan ia hanya perkara kecil dan tidak perlu diketahui orang lain, namun sikap ini sebenarnya amat bahaya dan hanya akan memakan diri.

"Jangan ambil mudah. Kongsi perasaan anda kepada kaunselor bertauliah. Kami sedia mendengar," katanya di Facebook hari ini.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi di talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari www.drsitimariah.com/sehat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619