ADN

Kerajaan Negeri dicadang laksana KPI, pastikan setiap program capai matlamat

15 Sep 2022, 1:14 AM
Kerajaan Negeri dicadang laksana KPI, pastikan setiap program capai matlamat

SHAH ALAM, 15 SEPT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama mencadangkan indeks petunjuk prestasi utama (KPI) diperkenalkan bagi setiap rancangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Jamaliah Jamaluddin berkata langkah tersebut bagi memastikan setiap perancangan dinilai serta dipantau rapi dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

"Apabila kita usahakan pelbagai rancangan kita perlukan KPI. Perkara ini telah saya bangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan diambil maklum oleh Kerajaan Negeri.

"Sebagai contoh kita ada sasaran bagi pelepasan sifar karbon, jadi apa sudah dilakukan dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang?. Untuk tempoh setahun bagaimana nak pantau supaya mencapai matlamat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program 'SKOP: Bersedia hadapi bencana' yang disiarkan di semua saluran Media Selangor.

Jamaliah berkata setakat ini segala perancangan Kerajaan Negeri adalah terbaik namun perlu ada KPI untuk memantapkan setiap usaha tersebut.

"Sebab itu perlu ada pegawai yang memantau agar dapat kenal pasti sama ada ia mencapai sasaran atau tidak.

"Jika ia tidak mencapai matlamat yang diharapkan ia dapat dibaiki dan ditambah baik dengan lebih awal bagi memastikan rancangan berkenaan berjaya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619