AGENDA

KEADILAN minta cabang anjur program penerangan, dekati rakyat setiap minggu

12 Sep 2022, 1:07 AM
KEADILAN minta cabang anjur program penerangan, dekati rakyat setiap minggu
KEADILAN minta cabang anjur program penerangan, dekati rakyat setiap minggu
KEADILAN minta cabang anjur program penerangan, dekati rakyat setiap minggu

SHAH ALAM, 12 SEPT: Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diminta menganjurkan program penerangan di kawasan masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU).

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program perlu dilangsungkan setiap minggu dengan menyeru kepada kebaikan selain menolak perbuatan mungkar serta rasuah.

“Pimpinan kena kerahkan program penerangan, dakwah ini. Pimpinan utama parti antara 50 hingga 60 orang ini kena gerakkan, atur acara supaya boleh jelajah seluruh kawasan.

“Bukan hanya bincang dengan penyokong tegar, ahli parti tetapi terus santuni rakyat dan semua kawasan,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Rapat KEADILAN di Taman Melawati, Gombak malam tadi.

Program turut dihadiri Timbalan Presiden Rafizi Ramli dan Naib Presiden Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sebelum ini Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) mengingatkan parti supaya memikirkan arah tuju bagi menawan hati rakyat selain membuktikan kesungguhan perjuangan yang dibawa selain mengembalikan keyakinan rakyat.

[caption id="attachment_539662" align="aligncenter" width="666"] Sebahagian pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang menghadiri program ceramah Rapat Mega KEADILAN di Taman Melawati, Gombak pada 11 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619