AGENDA

Empat bulan bersabar, PM ingatkan pembangkang jangan main api perkauman

18 Mac 2023, 4:38 AM
Empat bulan bersabar, PM ingatkan pembangkang jangan main api perkauman
Empat bulan bersabar, PM ingatkan pembangkang jangan main api perkauman

SHAH ALAM, 18 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penampilan sulungnya sebagai perdana menteri membuka tirai Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), hari ini dengan ucapan dasar dalam nada tegas.

Anwar berkata beliau selaku presiden parti bersabar selama empat bulan sejak dilantik pada November lalu sebagai pemimpin nombor satu negara bagi menjaga prinsip dan kehormatan.

[caption id="attachment_572354" align="aligncenter" width="718"] Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap sebelum merasmikan Kongres Nasional Khas KEADILAN 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Ini gelanggang saya. Empat bulan saya bersabar, saya bicara teratur. Hari ini saya bicara sebagai presiden KEADILAN.

“Saya memilih untuk sampaikan dengan keras. Jangan ingat saya jadi perdana menteri saya akan terpukau. Saya tahu asal usul dari mana,” katanya yang mendapat sorakan kira-kira 4,000 perwakilan dan ahli parti.

Anwar menambah beliau tidak takut dengan sebarang ugutan, perhimpunan, atau rampasan kuasa seperti yang dilaungkan pembangkang.

Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada pembangkang agar tidak memilih memainkan isu perkauman yang akan menghancurkan negara.

“Dan jika kamu mencabar kami, saya akan gunakan semua kuasa dan kekuatan yang ada untuk menghancurkan rancangan gila merosakkan keharmonian kaum.

“Jangan main api perkauman, yang terbakar itu rakyat. Kamu (nanti) akan lari dengan pesawat jet peribadi kamu,” katanya.

Kongres khas yang berlangsung di Stadium Malawati di sini antara lain dianjurkan bagi memberi fokus kepada persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619