PBT

Periksa motosikal percuma di program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ

9 Sep 2022, 12:13 PM
Periksa motosikal percuma di program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ
Periksa motosikal percuma di program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ
Periksa motosikal percuma di program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ

SHAH ALAM, 9 SEPT: Khidmat periksa motosikal secara percuma disediakan pada program Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Ahad ini.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata turut disediakan adalah khidmat gunting rambut percuma, karaoke terbuka, belon taman permainan kanak-kanak dan pameran Toyota.

"Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan. Jangan lepaskan peluang ini. Jom beramai-ramai kita memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ," tulisnya di Facebook.

Program yang seawal 6.30 pagi hingga 12 tengah hari akan berlangsung di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.

Program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ diadakan setiap Ahad minggu kedua setiap bulan yang menyajikan pelbagai acara dan hadiah menarik kepada penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619