ADN

DUN Bukit Melawati anjur kursus gunting rambut percuma selama sebulan

20 Jan 2022, 2:05 AM
DUN Bukit Melawati anjur kursus gunting rambut percuma selama sebulan

SHAH ALAM, 20 JAN: Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati akan mengadakan program kursus gunting rambut secara percuma selama sebulan.

Juwairiya Zulkifli berkata penyertaan dibuka sehingga 7 Februari itu dianjurkan secara bersama dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) menyasarkan warganegara dan graduan menganggur.

"Kursus barber selama sebulan sahaja ini menjadikan pelajar lebih mahir dalam bidang pemotongan rambut dan dapat menjana pendapatan selepas selesai kursus.

"Peluang pekerjaan juga disediakan selepas tamat tempoh kursus," katanya di Facebook.

Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui https://wasap.my/60134938577/barber-PejabatAdun

Menerusi infografik, peserta akan diberikan pakaian seragam dan kelengkapan latihan. Selain penginapan dan pengangkutan turut disediakan dengan makan dan minum sepanjang tempoh latihan juga diberikan percuma.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619