AGENDA

SPRM tawar latihan asas cegah rasuah kepada agensi penguat kuasa

8 Sep 2022, 9:25 AM
SPRM tawar latihan asas cegah rasuah kepada agensi penguat kuasa

PUTRAJAYA, 8 SEPT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia sedang membangunkan program pengajian berakreditasi iaitu Certificate In Basic Law Enforcement untuk ditawarkan kepada semua agensi penguat kuasa selain SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata program pengajian 60 jam kredit atau bersamaan 2,400 jam pembelajaran itu adalah sebagai latihan asas kepada pegawai lantikan baharu untuk mengenal pasti kegiatan rasuah dan langkah pencegahan.

“Tempoh pembelajaran adalah selama tiga bulan secara bersemuka di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan secara dalam talian," katanya pada majlis konvokesyen Malaysian Anti Corruption Commission Law Enforcement Accredited Programme 2022 di sini hari ini.

Majlis konvokesyen itu adalah yang pertama kali diadakan dengan kerjasama Nottingham Trent University (NTU) United Kingdom membabitkan 266 graduan dalam kalangan pegawai pelbagai jawatan di SPRM.

Pelajar terbaik Postgraduate Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Leadership (Level 7) cohort 1/2019, Nur Athikah Aziz, 30, berkata program itu memberi panduan yang lebih jelas kepadanya mengenai bidang siasatan dan pendakwaan.

"Program yang saya ikuti meliputi modul siasatan, perisikan dan pendakwaan yang kita tidak pernah belajar secara terperinci tetapi kini saya lebih jelas dengan tugasan dan kuasa yang ada. Ini banyak membantu kerjaya saya," katanya yang bertugas di bahagian siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619