BERITA UTAMA

Hampir 500 ketua, setiausaha kampung ikuti kursus integriti, mantap ilmu memimpin

7 Sep 2022, 11:30 AM
Hampir 500 ketua, setiausaha kampung ikuti kursus integriti, mantap ilmu memimpin

SHAH ALAM, 7 SEPT: Hampir 500 ketua dan setiausaha kampung tradisi mengikuti kursus integriti di Auditorium Dewan Jubli Perak pada Isnin lalu.

EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi berkata penganjurannya bagi memantapkan lagi keupayaan memimpin sekali gus membolehkan mereka memberi khidmat yang cemerlang kepada komuniti.

"Sebelum ini, kursus diadakan hanya berkaitan pentadbiran sahaja, namun kurusus kali ini kita libatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mahu mereka menitikberat tentang integriti sepanjang menjalankan tugas.

"Selain itu, beberapa agensi berkaitan juga dibawa untuk beri penerangan tentang program anjuran Kerajaan Negeri seperti Selangor Saring dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) supaya dapat disampaikan kepada penduduk," katanya Borhan Aman Shah.

Beliau menambah, pihaknya juga bercadang untuk mengadakan kursus sama di peringkat daerah dalam masa terdekat.

"Tidak semua dapat hadir ke kursus ini kerana kapasiti dewan agak terhad. Untuk ketua kampung sahaja, kita ada hampir 400 dan tidak termasuk setiausaha.

"Oleh itu, kita bercadang untuk adakan di peringkat daerah pula supaya semua mereka ini dapat hadir ke kursus supaya dapat mentadbir urus kampung dengan cemerlang dan berintegriti," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619