AGENDA

Pasangan kekasih ditemukan meninggal dunia dalam kereta berselubung kanvas

7 Sep 2022, 8:59 AM
Pasangan kekasih ditemukan meninggal dunia dalam kereta berselubung kanvas

MELAKA, 7 SEPT: Dua individu dipercayai pasangan kekasih ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi bangunan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Permata Lubuk China, Alor Gajah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.26 pagi tadi daripada orang awam yang mendapati dua individu tidak sedarkan diri dalam kenderaan terbabit.

Beliau berkata mangsa lelaki berusia 20 tahun, manakala pasangannya merupakan remaja perempuan berusia 16 tahun.

“Ketika ditemukan, keadaan kenderaan berkenaan berselubung dengan kanvas penutup kereta dan enjin kenderaan dalam keadaan mati.

"Mayat kedua-dua mangsa, yang merupakan penduduk tempatan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619