PBT

MPHS rai wira negara, beri sumbangan kepada veteran tentera

4 Sep 2022, 9:32 AM
MPHS rai wira negara, beri sumbangan kepada veteran tentera

SHAH ALAM, 4 SEPT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menganjurkan program Jejak Perwira sempena bulan kemerdekaan bagi merai wira negara yang masih hidup di sekitar daerah berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan inisiatif tersebut diambil bagi mengenang pengorbanan dan jasa golongan terbabit dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

Katanya, tokoh Jejak Perwira yang dipilih pada tahun ini iaitu Mat Supor Kamis merupakan pesara tentera yang berkhidmat dari 1958 sehingga 1978.

"Selama 20 tahun perkhidmatan dalam ketenteraan banyak kenangan manis dan pahit terutamanya pengalaman semasa Rusuhan Singapura, Konfrantasi di Ipoh (Indonesia-Malaysia) pada 1961 dan peristiwa 13 Mei 1969.

"Sebagai tanda jasa bakti dan penghormatan kepada wira negara, Yang Dipertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd menyampaikan sumbangan cenderamata dan wang ringgit kepada Mat Supor di kediamannya di Jalan Padang Golf, Kuala Kubu Bharu," katanya di Facebook.

MPHS berharap sumbangan yang disampaikan menjadikan masyarakat lebih menghargai jasa dan pengorbanan wira negara yang mempertaruhkan jiwa dan raga mereka kepada negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619