AGENDA

Warga Kajang, Tanjong Sepat dipelawa sertai saringan kesihatan secara percuma

3 Sep 2022, 6:37 AM
Warga Kajang, Tanjong Sepat dipelawa sertai saringan kesihatan secara percuma
Warga Kajang, Tanjong Sepat dipelawa sertai saringan kesihatan secara percuma

SHAH ALAM, 3 SEPT: Dato' Menteri Besar mempelawa penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Tanjong Sepat hadir saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri esok.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook berkata pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Program diadakan di Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Hulu Langat (DUN Kajang) dan Dewan Sri Kundang, Kampung Kundang (DUN Tanjong Sepat).

"Saringan kesihatan percuma minggu ini bagi warga Seri Kembangan, Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Kajang dan Tanjong Sepat mengesan awal penyakit jantung, buah pinggang, kanser dan lain-lain.

"Mohon Selangor Saring di aplikasi SELangkah," katanya menerusi Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Selain mengesan barah payu dara, program hingga 4 September turut menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Hari ini Selangor Saring diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa untuk penduduk DUN Kuala Kubu Bharu dan DUN Batang Kali.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619