AGENDA

100,000 lagi akaun pengguna bakal nikmati air percuma

30 Ogos 2022, 3:58 PM
100,000 lagi akaun pengguna bakal nikmati air percuma

SHAH ALAM, 30 OGOS: Dianggarkan 100,000 lagi akaun pengguna bakal menikmati skim air percuma 20 meter padu dengan kos lebih RM30 juta dibayar sepenuhnya Kerajaan Selangor.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata tambahan itu berikutan had minimum pendapatan yang layak menerima manfaat tersebut dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM5,000.

"Mulai Oktober kita akan mula pendaftaran baharu kerana skim sebelum ini had kelayakan pendapatan RM4,000 ke bawah, kita naikkan RM5,000 ke bawah supaya lebih ramai dapat air percuma," katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.

Ketika ini, sebanyak 237,000 akaun pengguna menikmati Skim Air Darul Ehsan dengan pendaftaran masih terbuka kepada penduduk Selangor sehingga 31 Disember 2024.

Syarat kelayakan lain meliputi pemohon mestilah warganegara Malaysia, premis kediaman jenis meter individu dan hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

Maklumat lanjut boleh layari https://www.airselangor.com/residen…/skim-air-darul-ehsan/.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619