BERITA UTAMA

MPKj: Pemilik rumah strata mahu ubah suai perlu dapat kebenaran JMB, MC

26 Ogos 2022, 12:50 AM
MPKj: Pemilik rumah strata mahu ubah suai perlu dapat kebenaran JMB, MC

SHAH ALAM, 26 OGOS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menegaskan sebarang pengubahsuaian atau pembinaan struktur di kawasan berstrata perlu mendapat kebenaran Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata mana-mana bangunan berstatus strata tertakluk bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

Jelasnya, akta itu memperuntuk pemilik tidak boleh menjalankan sebarang kerja pengubahsuaian tanpa mendapatkan kelulusan bertulis daripada pengurusan perbadanan dan apabila perlu dari pihak berkuasa tempatan.

"Selain itu, pemilik-pemilik kediaman berstrata hanya dibenarkan berbuat demikian dalam petak masing-masing dan bukannya harta bersama. Pihak JMB dan MC adalah bertanggungjawab memastikan penyenggaraan bangunan, urusan pentadbiran serta pengurusan kewangan.

"Namun jika diperlukan, pihak berkuasa tempatan atau majlis boleh memberi nasihat melalui jabatan pesuruhjaya bangunan (COB)," katanya dalam mesyuarat bulanannya, kelmarin.

Sebelum ini, tular kejadian pengubahsuaian secara haram di Flat Kasawari , Seri Kembangan melanggar asas kehidupan strata.

Lebih 40 unit dikesan membina tambahan bangunan, memasang gril di luar unit, membina halangan di kawasan harta bersama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619