AGENDA

EXCO: Kempen pasang lampu LED, sistem solar dapat sambutan

20 Ogos 2022, 3:00 AM
EXCO: Kempen pasang lampu LED, sistem solar dapat sambutan

AMPANG, 20 OGOS:  Kerajaan Selangor sudah memulakan pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LED), sistem solar dan perumahan air hujan (SPAH) di perumahan strata.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata pemasangan segera sistem solar dan lampu itu membantu pengurangan pelepasan karbon selaras Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

"Pemasangan telah bermula dengan aktif dan banyak Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) terpanggil untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

"Peruntukan pemasangan ini memperuntuk RM400 juta pada 2025 dan tiada ketetapan jumlah lampu kerana ia bergantung pada unit blok setiap bangunan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Serahan Sumbangan Penyelaras Parlimen Ampang di Masjid Ukay Perdana di sini semalam.

Sebelum ini, dalam sidang Dewan Negeri Selangor, Rodziah memaklumkan kempen pemasangan LED, sistem solar dan SPAH di semua bangunan akan diperluas bagi memerangi perubahan iklim dalam industri hartanah.

Jelasnya, kempen sepanjang lima tahun RS-1 melibatkan bangunan strata kediaman kerajaan pusat dan swasta, bangunan pejabat, hospital, sekolah, kolej, universiti, stadium, pasar, pusat membeli-belah serta kilang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619