ADN

DUN Morib peruntuk RM80,000, bantu sekolah memerlukan

17 Ogos 2022, 8:11 AM
DUN Morib peruntuk RM80,000, bantu sekolah memerlukan

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kira-kira RM80,000 diperuntuk Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib untuk diagih kepada 22 sekolah memerlukan sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

Wakil rakyat Hasnul Baharuddin berkata sekolah itu terdiri daripada sekolah kebangsaan, sekolah rendah agama dan sekolah swasta sekitar Morib.

Menurutnya, setiap sekolah menerima sumbangan berbeza bermula daripada RM2,000 sehingga RM10,000 bergantung kepada permohonan dan kelayakan.

"Pemberian wang tunai ini bertujuan meringankan beban pihak pengurusan untuk membaik pulih, menganjurkan program atau melaksanakan mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru.

"Kita harap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban pihak sekolah di samping memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu," katanya kepada SelangorKini.

Hasnul berkata mana-mana sekolah yang memerlukan bantuan tunai itu boleh hubungi talian 03-3180 2191 atau hadir ke pusat khidmat masyarakat DUN Morib.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619