AGENSI

Peluang saring kesihatan secara percuma di empat DUN minggu ini

17 Ogos 2022, 1:33 AM
Peluang saring kesihatan secara percuma di empat DUN minggu ini

SHAH ALAM, 17 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri yang menerima sambutan baik sejak diperkenal bakal diteruskan lagi ke empat lokasi hujung minggu ini.

Lokasi berkenaan meliputi Dewan Serbaguna Taman Ehsan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan dan Event Hall Atrial Mall, Petaling Jaya (DUN Bandar Utama) pada 20 Ogos.

Sementara pada Ahad pula berlangsung serentak di Dewan Kampung Permata, Kundang (DUN Kuang)

Dewan Heritier Hall, Seksyen 24 (DUN Batu Tiga).

Menurut EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud, kebanyakan peserta yang telah menyertai program tersebut menghargai inisiatif negeri selain berharap ia diteruskan lagi.

"Menyedari pelbagai implikasi kesihatan sama ada yang berpunca dari penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, maka Selangor Saring boleh dianggap sebagai pelan tindakan kesihatan yang proaktif.

"Tidak keterlaluan juga jika inilah antara inisiatif terbaik dari Kerajaan Selangor. Ingat, ia tidak murah, malah antara cara nikmat kemakmuran negeri dikongsi bersama," katanya di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan barah payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619