BERITA UTAMA

Hampir 50,000 jawatan kosong ditawar dalam karnival kerjaya Oktober ini

13 Ogos 2022, 12:18 AM
Hampir 50,000 jawatan kosong ditawar dalam karnival kerjaya Oktober ini

SHAH ALAM, 13 OGOS: Hampir 50,000 kekosongan jawatan ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya Mega Selangor siri kedua pada 29 dan 30 Oktober ini.

EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata program melibatkan hampir 500 majikan pelbagai sektor itu diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dekat sini.

"Kita menyasarkan penyertaan dengan jumlah tersebut malah setakat ini sudah menerima lebih 100 majikan yang berminat untuk turut serta dalam karnival siri kedua ini.

"Justeru, kita mengalu-alukan rakyat Selangor khususnya dalam kalangan belia dan orang kelainan upaya (OKU) untuk mengambil peluang hadir merebut jawatan ditawarkan," katanya ketika dihubungi.

Individu yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang www.selangorjobportal.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selangor Mega Job Fair 2022 kali pertama berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA pada 11 dan 12 Jun lalu yang disertai lebih 100 syarikat termasuk badan kerajaan dan agensi Kerajaan Negeri.

Inisiatif tersebut berjaya membantu seramai 1,996 individu mendapat pekerjaan manakala seramai 3,601 pula dipanggil menghadiri temuduga kali kedua oleh majikan setakat bulan lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619