ADN

Rai emas Sukan Komanwel, Thinaah terima sumbangan pusat khidmat DUN Sentosa

11 Ogos 2022, 2:11 PM
Rai emas Sukan Komanwel, Thinaah terima sumbangan pusat khidmat DUN Sentosa

KLANG, 11 OGOS:  Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 M Thinaah menerima sumbangan khas dari Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa.

Insentif wang tunai disampaikan wakil rakyat Dr G Gunarajah di kediaman pemain badminton beregu wanita itu di Bandar Bukit Tinggi di sini, petang tadi.

Gunarajah berkata sumbangan itu bagi menghargai serta meraikan kejayaan anak di Sentosa yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Kita bangga rakyat Selangor yang juga anak Sentosa berjaya rangkul emas di Komanwel. Ini adalah satu contoh kepada anak muda lain untuk menaikan nama negara.

“Kita di peringkat Dun amat menggalakan anak muda di sekolah untuk aktif bersukan dan sokongan ibu bapa juga penting bagi melahirkan atlet berbakat pada masa akan datang,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu ditanya sama ada Kerajaan Negeri turut memberi insentif kepada Thinaah, beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan sendiri oleh Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

“Saya pasti Kerajaan Negeri mesti ada berita gembira yang disampaikan sendiri oleh Dato' Menteri Besar atau menerusi EXCO sukan (Mohd Khairuddin Othman) nanti,” katanya.

Thinaah dan rakan regunya, Pearly Tan menyumbang pingat emas selepas menewaskan pasukan tuan rumah dalam pusingan akhir acara badminton beregu wanita.

Beregu nombor 11 dunia itu menewaskan Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 dalam tempoh tidak sampai 30 minit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619