AGENDA

Lori tangki air terus digerak sementara bekalan pulih sepenuhnya esok

11 Ogos 2022, 11:36 AM
Lori tangki air terus digerak sementara bekalan pulih sepenuhnya esok
Lori tangki air terus digerak sementara bekalan pulih sepenuhnya esok

SHAH ALAM, 11 OGOS: Bantuan alternatif melalui lori tangki air terus digerakkan ke premis kritikal dan kawasan terjejas di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

Pengurusan Air Selangor Sdn (Air Selangor) berkata ujian persampelan air turut dilakukan bagi memastikan air terawat yang disalurkan kepada pengguna selamat dan bersih.

"Ujian persampelan air turut dilakukan di tapak sebelum lori tangki air digerakkan bagi memastikan air terawat yang bersih dah selamat sampai kepada pengguna," kata syarikat itu di Facebook.

Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 beroperasi semula mengikut jadual jam 3.30 petang tadi bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.

Berikutan itu, Air Selangor menjangka bekalan air di 397 kawasan terjejas di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat pulih sepenuhnya 8 malam esok.

LRA Langat 2 dihenti tugas sementara berikutan pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang berpunca daripada kemalangan di KM75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju Kuala Lumpur semalam.

Berikutan itu, bantuan air alternatif menggunakan lori tangki digerakkan kepada pengguna terutama di premis kritikal bagi meminimumkan kesan gangguan bekalan.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

[caption id="attachment_535183" align="aligncenter" width="500"] Petugas Air Selangor melakukan ujian persampelan sebelum lori tangki digerakkan bagi memastikan air terawat yang bersih dah selamat sampai kepada pengguna. Foto Facebook Air Selangor[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619