PBT

MBPJ: Ekspo kegiatan luar, lasak di Kompleks Sukan Kelana Jaya hingga esok

6 Ogos 2022, 7:43 AM
MBPJ: Ekspo kegiatan luar, lasak di Kompleks Sukan Kelana Jaya hingga esok

SHAH ALAM, 6 OGOS: Penggemar aktiviti luar boleh mengunjungi Ekspo Outdoor bertempat di Kompleks Sukan Kelana Jaya yang berakhir esok.

Majlis Bandaraya Petaling menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan ekspo bertemakan 'Back to Nature' itu menawarkan pelbagai barangan aktiviti luar seperti peralatan perkhemahan dan percutian.

"Ekspo ini amat sesuai bagi anda yang suka menerokai dunia luar kerana ia mengumpulkan pelbagai syarikat vendor di satu tempat.

"Selain peralatan perkhemahan, percutian dan melancong, ekspo ini turut disertai ejen pelancongan," kongsi MBPJ.

Sementara itu, ekspo yang berlangsung mulai jam 8 pagi hingga 10 malam itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir semalam.

Untuk maklumat lanjut boleh laman sesawang https://www.outdoorexpo.my/event.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619