ad
PBT

MBPJ laksana program pelupusan perabot sempena Hari Kebangsaan

4 Ogos 2022, 2:37 AM
MBPJ laksana program pelupusan perabot sempena Hari Kebangsaan
MBPJ laksana program pelupusan perabot sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 4 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan program pelupusan perabot sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut MBPJ menerusi program Spring Cleaning, orang ramai boleh meletakkan perabot atau barangan yang hendak dikitar semula di hadapan rumah mulai 20 Ogos hingga 11 September ini.

"Orang ramai diminta meletakkan perabot dan barangan yang hendak dikitar semula di hadapan rumah sebelum jam 10 pagi.

"Barangan yang diletakkan selepas waktu ditetapkan tidak akan dikutip oleh MBPJ," kongsi MBPJ di Facebook.

Selain perabot, barangan lain yang dikutip secara percuma oleh MBPJ adalah produk elektronik dan pelbagai lagi barang lama.

Maklumat lanjut mengenai program itu boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal MBPJ di talian 03 79541440.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.