AGENDA

Rancangan Selangor Pertama, lonjak Sabak Bernam pusat industri makanan laut

29 Jul 2022, 3:21 AM
Rancangan Selangor Pertama, lonjak Sabak Bernam pusat industri makanan laut

SHAH ALAM, 29 JULAI : Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) bakal menjadi daya tarikan baharu kepada penduduk setempat dan luar sekaligus melonjak daerah tersebut sebagai tumpuan pelancong.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Ng Suee Lim berharap usaha tersebut mampu mempelbagaikan sektor industri di kawasan tersebut serta menjana pendapatan rakyat setempat.

"Antara yang menjadi tumpuan dan menarik minat saya dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini adalah SABDA kerana ia turut melibatkan dewan undangan negeri (DUN) saya (Sekinchan).

"Saya harap Sabak Bernam tidak bergantung kepada sektor pertanian sahaja, kita mahu apabila sebut Sekinchan atau Sabak Bernam orang tahu kawasan ini juga mempunyai industri makanan laut," katanya kepada SelangorKini.

ADN Sekinchan turut berharap sebuah universiti maritim dibangunkan di daerah tersebut supaya anak muda didedah dengan pendidikan persekitaran, kelestarian dalam satu subjek dengan menggunakan kemahiran moden.

"Saya yakin dengan kerjasama semua pihak semua harapan ini kita dapat diterjemah dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Kelmarin, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan SABDA antara yang menjadi tumpuan negeri dalam tempoh lima tahun menerusi pembentangan RS-1.

Pembangunan berkeluasan 1,317 hektar dengan nilai pelaburan RM1.9 bilion dianggar memberi pulangan hasil RM248 juta setahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619