BERITA UTAMA

Sepang bakal dinaik taraf jadi pusat pelancongan antarabangsa

28 Jul 2022, 9:06 AM
Sepang bakal dinaik taraf jadi pusat pelancongan antarabangsa

SHAH ALAM, 28 JULAI: Kerajaan Negeri bercadang menaik taraf bahagian selatan Selangor khususnya daerah Sepang sebagai kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berkata rancangan itu bagi menarik lebih ramai pelancong, menambah nilai ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Kita cadang projek ini akan dilaksanakan di daerah Sepang dengan membina beberapa hotel bertaraf lima bintang di kawasan pesisir pantai.

"Kita jangka projek ini akan dibina secara berfasa dalam tempoh 10 tahun, kita harap dalam lima tahun akan datang ini projek pembangunan sudah mula nampak dan dibina," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan projek TUKANG-The First Craftmanship Project in Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Semalam, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) membabitkan teras satu pengukuhan ekonomi antaranya adalah mengukuhkan sektor pelancongan dalam tempoh 2021-2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619