AGENDA

Baucar RM100 bantu 2,800 rakyat susah beli produk halal

28 Jul 2022, 7:10 AM
Baucar RM100 bantu 2,800 rakyat susah beli produk halal

SHAH ALAM, 28 JULAI: Seramai 2,800 penduduk kurang berkemampuan di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal menerima baucar halal bernilai RM100 bermula September ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif negeri menerusi Baucar Halal Selangor membantu golongan itu mendapatkan keperluas asas di empat premis terpilih.

Beliau memaklumkan premis itu meliputi Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah), Mydin, Azzainmart Peneraju Kedai Halal dan 99 Speed Mart dengan hanya satu transaksi dibenarkan.

"Penerima itu nanti akan dikenal pasti oleh Pusat Khidmat DUN. Jika maklum balasnya baik, kita sedia menambah jumlah penerima di setiap DUN," katanya selepas melancarkan program itu hari ini.

Simbolik penyerahan baucar disampaikan EXCO Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Dewan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Amirudin berkata agihan baucar itu juga bagi menyokong dan mempromosi produk halal tempatan selain menggalakkan lebih ramai usahawan mendaftarkan produk mereka bagi pensijilan halal.

"Bila ada sijil halal, ia menjamin sebahagian besar untuk melihat sumber mana produk ini dibuat, bahan yang digunakan dan kualiti kebersihan," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619