BERITA UTAMA

Selangor belanja lebih RM3 juta selenggara kemudahan sukan sejak 2020

27 Jul 2022, 11:45 AM
Selangor belanja lebih RM3 juta selenggara kemudahan sukan sejak 2020

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sebanyak RM3.897 juta dibelanja bagi menyelenggara 79 kemudahan sukan di negeri ini sejak 2020.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata daripada jumlah itu sebanyak RM2.008juta digunakan pada 2020 meliputi 42 kemudahan sukan.

"Manakala, bagi tahun lalu sebanyak 29 kemudahan diselenggara dengan perbelanjaan sejumlah RM1.512 juta.

"Bagi tahun ini, sejumlah lapan kemudahan sukan diselenggara setakat Jun dengan perbelanjaan sebanyak RM375,265," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa Daroyah Alwi berhubung pembangunan infrastruktur belia dan sukan.

Khairuddin menjelaskan bagaimanapun terdapat juga permohonan yang masih dalam proses penilaian oleh Majlis Sukan Negeri Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619