AGENDA

Stadium kalis usang beri nafas baharu kompleks sukan negeri

27 Jul 2022, 8:05 AM
Stadium kalis usang beri nafas baharu kompleks sukan negeri

SHAH ALAM, 27 JULAI: Projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) menumpukan pembinaan stadium kalis usang dengan kemudahan berciri teknologi baharu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata projek berterap kelestarian persekitaran itu dibuat mengambil kira keadaan stadium yang perlu diberi nafas baharu.

"Projek pemacu perubahan Stadium Shah Alam tentunya menggamit nostalgia dan emosi terutamanya penyokong pasukan Merah Kuning," katanya dalam pembentangan Rancangan Selangor Pertama hari ini.

"Kerajaan Negeri berpandangan sudah tiba masanya stadium dan lingkungannya diberi nafas baharu."

Jelasnya, beberapa faktor utama kejayaan projek turut dikenal pasti antaranya prestasi pemaju dalam menyiapkan stadium dan kemudahan sukan selain kerjasama dengan pihak berkepentingan.

"Koordinasi bersama pihak berkepentingan dalam memastikan keperluan Selangor dipenuhi. Kita menyasarkan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM8 hingga 13 bilion," kata Amirudin.

Kerajaan Selangor sebelum ini berbelanja RM56 juta antara 2013 hingga 2022 bagi menyelenggara dan membaiki kerosakan di stadium berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619