AGENDA

Pertanian moden di Sabak Bernam tuai hasil RM248 juta setahun

27 Jul 2022, 7:55 AM
Pertanian moden di Sabak Bernam tuai hasil RM248 juta setahun

SHAH ALAM, 27 JULAI: Membangunkan tanaman bernilai tinggi menggunakan teknologi antara strategi Kerajaan Negeri bawah inisiatif Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA).

Menurut Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, pembangunan berkeluasan 1,317 hektar dengan nilai pelaburan RM1.9 bilion dianggar memberi pulangan hasil RM248 juta setahun.

Beliau menjelaskan usaha merangsang ekonomi di daerah itu juga mampu mewujudkan 3,600 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Di Selangor, sektor pertanian berkembang pada kadar tiga peratus setahun dari 2015 hingga 2020 dan terus berkembang meskipun dalam keadaan pandemik Covid-19.

"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pertanian Selangor mencatat peningkatan marginal kepada RM4.72 bilion pada 2020 berbanding RM4.71 bilion pada 2019," katanya pada sidang Dewan Negeri.

Bercakap ketika membentangkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) hari ini, Amirudin berkata sektor pertanian negeri menerima dana khusus dalam Belanjawan Selangor 2021.

Jelasnya, usaha termasuk menghasilkan tanaman bernilai tinggi menggunakan internet segalanya dengan peruntukan RM26.4 juta selain Program Pemecut Selangor bagi pembangunan industri agroteknologi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619