AGENDA

TNB: Gangguan elektrik libat 10 peratus keseluruhan permintaan bekalan

27 Jul 2022, 7:25 AM
TNB: Gangguan elektrik libat 10 peratus keseluruhan permintaan bekalan

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari ini adalah melibatkan 2.2 gigawatt (GW) iaitu 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan yang terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras; Bangi (Lembah Klang); Bayan Lepas dan Seberang Jaya (Pulau Pinang); Panchor, Johor dan Bandar Indera Mahkota, Pahang.

"Bagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang," menurut TNB.

TNB memaklumkan punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari semasa ke semasa. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619