AGENDA

Pesakit cacar monyet lari dari Thailand ditemui di Kemboja

24 Jul 2022, 3:08 AM
Pesakit cacar monyet lari dari Thailand ditemui di Kemboja

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 24 JULAI: Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket telah dijumpai di Phnom Penh pada Sabtu.

Kementerian Kesihatan Kemboja memaklumkan lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan, lapor Khmer Times.

Lelaki itu dijumpai di sebuah rumah tetamu di Phnom Penh.

Dia telah dihantar ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk memerima rawatan pada petang Sabtu.

Kementerian Kesihatan Kemboja menggesa orang ramai yang pernah berhubung secara langsung dengan lelaki itu untuk mengasingkan diri dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Lelaki itu, yang tinggal melebihi tempoh di Thailand, disahkan dijangkiti cacar monyet di pusat peranginan Phuket pada 18 Julai lalu.

Dia melarikan diri selepas dimaklumkan tentang keputusan ujian awal pada 18 Julai.

Pihak berkuasa telah melancarkan gerakan menjejaki lelaki itu dan isyarat telefon bimbitnya dikesan di wilayah timur laut bersempadan dengan Kemboja pada Sabtu.

Pada Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619