AGENDA

Pemilik kelab komedi kontroversi dituduh di mahkamah hari ini

22 Jul 2022, 1:23 AM
Pemilik kelab komedi kontroversi dituduh di mahkamah hari ini

SHAH ALAM, 22 JULAI: Pemilik bersama sebuah kelab komedi akan dituduh di Mahkamah Khas Siber Kuala Lumpur hari ini berhubung pertuduhan membuat persembahan berbaur perkauman.

Setiausaha polis memaklumkan lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada 14 Julai lalu dan bebas dengan jaminan polis keesokannya, lapor Sinar Harian.

"Pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah, (Mahkamah Siber Kuala Lumpur)," kata Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

Pada 14 Julai, polis dilaporkan menahan seorang lelaki disyaki pengasas bersama sebuah kelab komedi berhubung penularan dua klip video di premis berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama.

Kes disiasat bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619