AGENDA

Pengasas kelab komedi ditahan isu klip video sentuh sensitiviti kaum

15 Jul 2022, 3:20 AM
Pengasas kelab komedi ditahan isu klip video sentuh sensitiviti kaum

SHAH ALAM, 15 JULAI: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung penularan dua klip video di sebuah kelab komedi, yang menyentuh sensitiviti kaum.

Setiausaha polis berkata tangkapan dibuat anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah lokasi di Lembah Klang, lapor Berita Harian.

Menurut Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

"(Siasatan juga dibuat) mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi melengkapkan proses siasatan," katanya.

Sebelum ini, polis dilaporkan menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse berhubung insiden seorang wanita menghina Islam dalam satu persembahan komediri di kelab itu baru-baru ini.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619