BERITA UTAMA

Selangor sasar 10,000 usahawan Hijrah dibantu secara dalam talian

21 Jul 2022, 12:05 AM
Selangor sasar 10,000 usahawan Hijrah dibantu secara dalam talian

SHAH ALAM, 21 JULAI: Kerajaan Negeri menyasarkan 10,000 usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) dibantu untuk terlibat aktif menerusi jualan secara dalam talian.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata jumlah itu mampu dicapai dengan pelaksanaan program seperti e-kelas usahawan bersama syarikat rangkaian telekomunikasi Maxis semalam.

"Melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan lagi pengetahuan berkaitan dalam talian dan digitalisasi seperti strategi pemasaran digital, fotografi dan suntingan gambar, penulisan kreatif serta perancangan kempen.

"Saya yakin bahawa asas dan prinsip aspek ini amat penting diteliti dan difahami sebelum memulakan perniagaan secara dalam talian," katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya, sekiranya kursus itu dilaksana dengan lebih kerap, beliau yakin sasaran 10,000 lagi usahawan mampu dicapai sehingga hujung tahun ini.

"Saya harap menerusi e-kelas peserta dapat meningkatkan pendapatan hasil jualan dalam talian dengan mencerna dan mengadaptasi semua maklumat dan ilmu pengetahuan yang diterima.

"Malah, saya difahamkan program ini merupakan pertama kali dianjur dengan kerjasama Maxis dan kita amat bangga Selangor dipilih sebagai negeri pertama oleh rangkaian telekomunikasi (Maxis) untuk anjur program ini," katanya.

Terdahulu, Rodziah hadir menyempurnakan program e-kelas usahawan Hijrah bersama Maxis di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619