AGENDA

Format baharu Liga Super, pasukan dibenar ambil sembilan pemain import

20 Jul 2022, 1:58 PM
Format baharu Liga Super, pasukan dibenar ambil sembilan pemain import

PETALING JAYA, 20 JULAI:  Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menggunakan format baharu dengan membenarkan pasukan bertanding Liga Super mengambil sembilan pemain import untuk saingan musim depan.

Kuota pemain import Liga Malaysia (Liga M) menimbulkan sedikit percanggahan ketika ini di mana kelab yang tiada pasukan 'reserve' atau kelab 'feeder' hanya mempunyai lima pemain import, lapor portal Berita Harian.

Ia berbanding kelab yang mempunyai pasukan 'reserve' seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Terengganu FC (TFC) dan Selangor FC yang mempunyai peluang memilih daripada sembilan pemain import setiap perlawanan.

Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata bagaimanapun hanya lima pemain import dibenarkan beraksi dalam satu masa.

"MFL masih kekal membenarkan lima pemain import termasuk satu import dari Asia dan satu dari ASEAN di atas padang dengan hanya tambahan seorang pemain import di bangku simpanan untuk menjaga slot pemain tempatan," katanya,

Beliau berkata terpulang kepada pasukan untuk mendaftarkan sama ada sembilan atau kurang dari jumlah itu mengikut kemampuan kewangan.

"Kalau tak boleh ambil sembilan, jangan ambil sembilan, nanti tak mampu bayar gaji. Kemampuan pasukan itu penting," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619