PBT

MPS serbu kafe siber haram, penjaga lolos melalui bumbung

20 Jul 2022, 1:30 AM
MPS serbu kafe siber haram, penjaga lolos melalui bumbung

SHAH ALAM, 20 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerbu sebuah kafe siber yang beroperasi secara haram di Jalan Kusta, Kawasan Perindustrian SB Jaya, Sungai Buloh kelmarin.

Yang Dipertua Mohd Yazid Sairi berkata pihaknya menerima aduan premis tersebut tidak memiliki lesen selain menjalankan kegiatan judi haram menerusi permainan video sejak tiga minggu lalu.

"Ketika serbuan sekitar jam 1.30 tengah hari didapati pemilik premis tiada dan hanya dua penjaga berada dalam kafe terbabit.

"Namun, mereka berjaya meloloskan diri melalui bumbung premis apabila menyedari kehadiran pihak penguat kuasa MPS," katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, hasil serbuan bersama tujuh anggota merampas sebanyak 14 unit tablet dan enam komputer riba.

Tindakan dibuat mengikut UUK 3, Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2007 atas kesalahan menjalankan operasi secara haram.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619