BERITA UTAMA

Rancangan Selangor Satu bina daya tahan negeri hadapi cabaran masa depan

16 Jul 2022, 10:41 AM
Rancangan Selangor Satu bina daya tahan negeri hadapi cabaran masa depan

PETALING JAYA, 16 JULAI: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) berfungi membina daya tahan kukuh kepada negeri bagi mendepani cabaran masa hadapan dalam persekitaran yang semakin kompleks.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata rancangan yang menjayakan agenda Selangor sebagai Negeri Pintar menjelang 2025 dirangka secara teliti dan teratur yang bersifat seperti sebuah 'living document'.

"Pembangunan RS-1 bermatlamatkan empat teras strategik utama iaitu pengukuhan sektor ekonomi, membina kesejahteraan rakyat dan keterangkuman sosial, memacu agenda kelestarian dan peningkatan kecekapan tadbir urus.

"Inisiatif rancangan ini dibincang secara teliti, teratur serta bersifat seperti sebuah 'living document' sesuai dengan cabaran baharu yang belum pernah ditempuhi," katanya hari ini.

Ucapan dibacakan Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Juwairiya Zulkifli sempena program jelajah usahawan digital Selangor siri 3 anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Minggu lalu, Amirudin melancarkan Majlis Simposium Prapelancaran RS-1 2021-2025 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Amirudin memaklumkan RS-1 memfokuskan empat prinsip utama merangkumi ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus bagi menjayakan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

Kerangka jelas berkenaan RS-1 akan dimaklumkan ketika pelancarannya pada 25 Julai ini sempena pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619