BERITA UTAMA

Klinik Selcare tawar dos penggalak, vaksin Covid-19 percuma bagi kanak-kanak menerusi Selvax

12 Jul 2022, 8:10 AM
Klinik Selcare tawar dos penggalak, vaksin Covid-19 percuma bagi kanak-kanak menerusi Selvax
Klinik Selcare tawar dos penggalak, vaksin Covid-19 percuma bagi kanak-kanak menerusi Selvax

SHAH ALAM, 12 JULAI: Orang ramai yang ingin mendapatkan dos penggalak dan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak secara percuma boleh berbuat demikian menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).

Selcare memaklumkan orang ramai boleh membuat tempahan menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau datang terus ke Klinik Selcare bagi mendapatkan suntikan.

"Dapatkan suntikan dan dos penggalak vaksinasi Covid-19 melalui program Selvax di semua cawangan Klinik Selcare secara percuma.

"Klinik Selcare kami menyediakan vaksinasi Covid-19 (dua dos) untuk individu berumur lima tahun ke atas serta dos penggalak dan dos penggalak kedua untuk individu berumur 18 tahun ke atas," katanya di Facebook.

Senarai klinik terlibat boleh didapati di laman sesawang https://selcareclinic.com/our-clinics/ atau melalui SELangkah.

Setakat Februari, seramai 74,000 individu sudah menerima suntikan dos penggalak melalui program Selvax Booster sejak Disember lalu.

Selangor turut menganjurkan program Selvax Remaja pada Oktober tahun lalu, yang menyediakan 150,000 dos pelalian selepas mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619